Teori Perkembangan Artistik Kanak-kanak oleh Georges Henri Luquet

30 04 2010

Peringkat Fortuitous Realism
Peringkat ini ialah peringkat awal lukisan kanak-kanak di mana imejan yang cuba dihasilkan pada peringkat contengan telah membentuk imej dan objek yang hampir sama dengan objek sebenar.

Peringkat Failed Realism
Imej yang diperolehi secara tidak sengaja diperbaiki dan diperhalusi bagi mendapatkan imej sebenar. Lukisan yang hampir sama dihasilkan berulang kali.

Peringkat Intelectual Realism
Pada peringkat ini kanak-kanak mula melukis mengikut apa yang mereka tahu dan apa yang mereka lihat. Bentuk lukisan yang lebih ringkas namun dilukis dengan agak baik.

Peringkat Visual Realism
Melukis imej yang mempunyai perspektif dan kadar banding. Percubaan untuk melukis imej 3 dimensi di atas kertas lukisan dapat dilihat pada peringkat ini dan percubaan melukis imej secara 3 dimensi dianggap satu kejayaan dan pencapaian baik.





Teori Perkembangan Artistik Kanak-kanak oleh Lowenfeld dan Britain

30 04 2010

Peringkat Scribbling (2-4 Tahun)
Pada peringkat ini kanak-kanak menghasilkan contengan secara rawak dan tidak terkawal. mereka mula melukis dari peringkat contengan kepada lukisan garisan lurus dan melintang kepada melukis bulatan.

Peringkat Preschematic (4-7 Tahun)
Peningkatan daripada contengan bulatan kepada percubaan pertama untuk melukis objek yang terdapat di sekelilingnya dengan menggunakan garisan.

Peringkat Schematic (7-9 Tahun)
Lukisan mula dihasilkan mengikut skema atau konsep tertentu. Penekanan lebih diberikan kepada cara penyusunan objek dalam imej selain daripada imej manusia dan objek yang terdapat di sekelilingnya. lukisan yang dihasilkan adalah spontan, bebas danberskala besar.

Peringkat Dawning Realism atau The Gang Age (9-12 Tahun)
kanak-kanak terus melukis dengan mengekalkan konsep dan skema tertentu. imej yang dilukis secara realistik dan teliti. Imej lukisan mula mengecil dari segi saiz dan kanak-kanak mula menunjukkan sifat kritikal dengan hasil karya sendiri. Mereka mula membandingkan karya dengan karya rakan sebaya dan ini menjadikan mereka berhati-hati dan sedikit individualistik serta menitikberatkan kualiti karya yang dihasilkan.

Peringkat Pseudonaturalistic atau Reasoning (12-14 Tahun)
Pada peringkat ini, kanak-kanak mula peka dengan konsep realistik di dalam menghasilkan lukisan. Mereka menitikberatkan konsep kedudukan dan saiz rasional imej. Mereka lebih gemar untuk melukis melalui konsep peniruan atau melalui objek di hadapan mata berbanding dengan lukisan menerusi imaginasi.

Peringkat Period If Decision atau Adolescent Art in High School (14-17 Tahun)
Peringkat ini merupakan peringkat penekanan terhadap proses penghasilan karya seni dan penciptaan objek. Peringkat ini memperlihatkan kematangan di dalam membuat keputusan dan pemilihan bahan yang sesuai untuk menghasilkan karya seni.





Teori Perkembangan Artistik oleh Hurwitz dan Day

30 04 2010

Peringkat Manipulatif atau Zaman Awal Kanak-kanak (2-4 Tahun)
Kanak-kanak tidak mempunyai kawalan pada pergerakan tangan. Lukisan yang dihasilkan juga selalunya tidak terkawal dan banyak terdapat di dinding, di atas meja dan kertas lukisan dengan menggunakan pelbagai jenis bahan dan medium seperti krayon, pensil serta bahan-bahan lain.

  • Tidak bersifat realistik dan banyak menggunakan lukisan garisan bagi menggambarkan sesuatu imej.
  • Terdapat empat peringkat contengan pada peringkat manipulatif iaitu contengan garisan tidak terkawal, contengan garisan terkawal, contengan rupa terkawal dan contengan rupa.

Peringkat Membuat Simbol (6-9 Tahun)
Kanak-kanak mula beralih ke peringkat menghasilkan simbol. Pada peringkat ini, kanak-kanak sangat terpengaruh dengan keadaan sekelilingnya.

Pra-Remaja (10-13 Tahun)

Terdapat percubaan untuk melukis figura dengan saiz yang betul. Lukisan figura pula mula dilukis dengan menitikberatkan daya saiz sebenar objek.





Teori-teori Dalam Seni

30 04 2010

Seni boleh dirujuk sebagai suatu proses dan manifestasi kepada ekspresi diri, penilaian yang menentukan elemen-elemen yang wajar diketengahkan di dalam hasil seni, di dalam menyampaikan idea, emosi, perasaan, kepercayaan di dalam bentuk yang difikirkan paling efektif.

Ciri-Ciri Perkembangan
Pergerakan estetik awal kanak-kanak mempunyai kaitan langsung dengan emosi mereka kerana resepsi deria yang mengeluarkan isyarat tersebut selalunya mempunyai hubungan terus dengan bahagian otak yang merangsang emosi.

Perkembangan Estetik
Luahan estetik kanak-kanak amat berbeza dengan pergerakan badan yang biasa. Di dalam kehidupan seharian, kita berkomunikasi secara verbal ataupun bukan verbal. Komunikasi bukan verbal melibatkan pergerakan tangan, memek muka, pandangan mata dan pergerakan bahagian badan yang lain. Pergerakan estetik pula menjurus kepada isyarat virtual. Isyarat virtual ini merupakan jendela kepada emosi dalaman kanak-kanak dan juga jiwa dan pemikiran mereka.

Perkembangan Artistik

  • Faktor sosioekonomi mempunyai pengaruh yang amat terbatas dalam peringkat awal pertumbuhan kanak-kanak. Kanak-kanak lelaki dan perempuan didapati melukis dengan cara yang sama di peringkat awal pertumbuhan.
  • Lukisan kanak-kanak dapat memberi lebih banyak maklumat tentang perkembangan mereka daripada catan kerana ianya menggunakan krayon, pensil dan pen. Alatan ini lebih mudah dikawal oleh kanak-kanak daripada berus dan warna.
  • Terdapat pertindihan yang agak ketara di antara peringkatperingkat perkembangan. Lukisan kanak-kanak mungkin mempunyai elemen dua peringkat serentak dan tidak semestinya elemen satu peringkat perkembangan sahaja.





Kanak-kanak dan Seni Lukis

30 04 2010

Melukis sebagai Medium Komunikasi
Lukisan merupakan bentuk komunikasi awal kanak-kanak sebelum mereka berupaya untuk bertutur. Ianya dijadikan alat perhubungan yang berkesan untuk berinteraksi.

Melukis sebagai Cara Mencapai Kepuasan Diri
Melukis merupakan aktiviti yang mampu memberikan kepuasan kepada kanak-kanak. Melalui lukisan, kanak-kanak dapat meluahkan perasaan dan emosi selain dapat membina kekuatan otot. Aktiviti sebegini juga dapat membantu menajamkan daya intuisi kanak-kanak.

Melukis untuk Meningkatkan Daya Penguasaan Kendiri (Self Esteem)
Aktiviti melukis dapat memberikan kepuasan kepada kanak-kanak dalam meluahkan apa yang dilihat lalu dipindahkan semula dalam bentuk dan rupa imej yang unik mengikut tahap pemahaman mereka.Melalui aktiviti melukis, kanak-kanak dapat meningkatkan daya sensitiviti pancaindera.





Kanak-kanak dan Seni Visual

30 04 2010

Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka. Hasil kerja seni visual yang dihasilkan berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanak-kanak.

Kepentingan pengajaran mata pelajaran Pendidikan Seni Visual kepada kanak-kanak dari aspek : –

Aspek Kognitif
Penganjuran aktiviti seni visual yang tersusun dan terancang dapat melahirkan kanak-kanak yang mempunyai keupayaan menyelesaikan masalah serta mampu membuat penilaian dan bijak membuat keputusan.

Aspek Fizikal
Penggunaan alat dan bahan memberikan satu bentuk latihan berkesan kepada otot tangan (psychomotor) dan koordinasi tangan serta mata.

Aspek Kreativiti
Latihan dan projek yang bersifat terbuka dapat membantu murid untuk mengembangkan aspek kreativiti mereka. Aktiviti dan projek di dalam pendidikan seni visual mengutamakan proses, berbanding dengan hasilan akhir.

Aspek Persepsi
murid boleh mempertingkatkan dan menajamkan penggunaan pancaindera dan deria melalui proses penghasilan dan hasilan seni, produk dan objek yang terdapat di sekeliling mereka.

Aspek Sosial dan Emosi
Murid boleh berinteraksi dan meningkatkan keupayaan bersosial selain meningkatkan keyakinan diri. Mata pelajaran pendidikan seni juga menganjurkan semangat bekerjasama di dalam aktiviti berkumpulan yang dibentuk.






Prinsip Seni

30 04 2010

Prinsip seni ialah resipi yang penting dalam menjadikan sesebuah karya itu berkualiti atau tidak. Sekiranya karya tersebut ada semua elemen seperti garisan, value dan lain-lain tu tapi jika tak pandai mengolahnya dengan cara yang sesuai, hasil tersebut mungkin tidak memuaskan. Komposisi yang baik ialah prinsip menggabungkan elemen2 seni utk mewujudkan satu perletakan subjek atau objek yang estetik agar hasil akhir akan menjadi yang terbaik.

Antara prinsip seni ialah:

Center of Interest/ Focal Point/Titik Tumpuan
Ini adalah kawasan di mana akan menarik perhatian pada pandangan yang pertama pada komposisi keseluruhan karya. Boleh juga dikatakan sebagai ‘first read’ dalam olahan tersebut dan perkara yang lain dikatakan sebagai ‘second read’ dan yang seterusnya. Kawasan ini adalah yang paling penting berbanding dengan objek atau elemen lain dalam komposisi tersebut. Ianya boleh diwujudkan dengan adanya kontras dari segi value/nilai, warna yang panas dan ceria serta perletakan dalam format lukisan tersebut. Mungkin ada yang pernah mendengar berkenaan ‘the rule of third’ dan kebiasaannya subjek utama dalam lukisan tersebut hendaklah di letakkan 1/3 dari kompisisi keseluruhan agar ianya lebih menarik dan tidak boring.

Balance/keseimbangan
Satu perasaan kesamaan secara visual dari segi rupa, bentuk nilai, warna dan lain-lain. Keseimbangan ini boleh dihasilkan secara simetrikal atau asimetrikal. Biasanya, objek, nilai, warna texture, rupa dan bentuk boleh digunakan untuk mewujudkan keseimbangan dalam komposisi ini.

Harmoni
Satu perasaan yang timbul hasil dari membawa keseluruhan komposisi menjadi satu sebagai satu unit. Sebagai contoh, sekiranya dalam lukisan itu kita hanya menggunakan garisan yang beralum dan berbentuk organik, penggunaan garisan berbentuk geometric akan menyebabkan karya tersebut hilang keharmoniannya secara keseluruhan. Harmoni ini sering dikaitkan bersama dengan unity/kesatuan. Kalau ada unity dalam sesebuah karya, maka harmoni juga akan wujud.

Kontras
Terdapat perubahan terutama dari segi nilai yang akan mewujudkan kesan perbezaan yang ketara dalam komposisi. Kontras menunjukkan perbezaan antara rupa dan boleh digunakan sbg background utk membawa objek keluar atau kedepan dalam sesuatu karya. Atau dengan kata lain, ianya juga boleh digunakan utk mewujudkan ‘area of emphasis’.

Movement/pergerakan
Ianya adalah ‘visual flow’ atau aliran visual dalam sesuatu komposisi. Ianya wujud secara visual dan boleh dilihat melalui cadangan pergerakan yang terhasil dari perletakan objek ke objek atau susunan elemen.pergerakan ini boleh diwujudkan melalui perbezaan corak nilai seperti meletakkan nilai terang dan gelap pada satu arah susunatur sehingga membawa pandangan kita sama-sama bergerak melalui keseluruhan komposisi.

Rhythm/irama
Irama ini berkait rapat dengan pergerakan, Ianya seperti tarian yang ada alunan objek dan bergerak seolah-olah seperti irama muzik. Ianya wujud selalunya hasil dari pengulangan elemen yang sama dan beralun

Variety/kepelbagaian

Wujud hasil dari kepelbagaian elemen dalam sesuatu komposisi. Kesan dari kepelbagaian ini mungkin akan mewujudkan kontras atau perbezaan.





Unsur Seni

30 04 2010

Unsur seni ialah perkara asas yang membentuk sesebuah karya seni. Antara yang dikatakan sebagai asas seni ialah:

Garisan
Garisan merupakan sebarang tanda di atas permukaan yang membentuk rupa atau ‘outline’. Ianya boleh membentuk jalinan/texture dan mempunyai nilai tebal atau halus. Jenis-jenis garisan termasuk actual, implied, vertical, horizontal, diagonal dan contour lines. Tebal dan halus sesuatu garisan biasanya boleh mempengaruhi lukisan kita samada dari segi ruang (jauh dan dekat), saiz,  titik tumpuan (focal point) dan lain-lain.

Texture/jalinan
Pemahaman terhadap texture penting kerana setiap objek mempunyai nilai texturenya yang tersendiri samada halus atau kasar. Texture ni boleh dikatakan sebagai kualiti sesuatu permukaan samada dari segi tactile(boleh dirasa dengan deria) atau visual (hanya boleh dinilai melalui penglihatan).

Warna
Nama lain bagi warna dalam istilah seni ialah hue dan ia mempunyai
tiga ciri utama iaitu, chroma, intensity dan value. Dalam catan atau apa-apa lukisan berwarna, kefahaman teori warna dan kepandaian menyesuaikan keadaan dalam menggunakan warna adalah yang paling penting untuk mewujudkan mood agar lukisan kelihatan natural dan hidup. Dalam masa yang sama, kita juga perlu memahami berkenaan dengan color temperature/suhu.

Shape/rupa
Shape ialah garisan 2 dimensi tanpa bentuk dan ketebalan. Ia bersifat flat/rata dan boleh dikategorikan kepada geometric dan organic. Biasanya pelajar selalu keliru antara shape dan form.

Form/bentuk
Form ialah objek 3 dimensi yang mempunyai ruang/volume dan ketebalan. Ia ialah ilusi terhadap efek 3D dan diimplikasikan berbantukan cahaya dan teknik bayangan.

Value/nilai
Nilai merupakan istilah yang digunakan dalam mengukur terang gelap dalam sesuatu rekabentuk. Ianya merupakan kontras antara hitam dan putih dan semua ton yang berada di antaranya. Nilai boleh diaplikasikan pada warna dan juga pada warna hitam dan putih. Perbezaan yang jelas/ketara antara sesuatu nilai pula dikatakan sebagai kontras.

Saiz
Merujuk kepada variasi dalam kadarbanding antara objek, garisan atau rupa. Sesetengah bahan rujukan juga menyenaraikan kadarbanding/proportion/scale juga salah satu dari elemen dalam seni.





Mengenal Kraf Tradisional

30 04 2010

Kraf tradisional boleh didefinisikan sebagai perusahaan (kerja seni) yang melibatkan kemahiran kerja tangan yang memerlukan daya cipta oleh masyarakat yang diwarisi turun-temurun. Di sekolah rendah, murid diperkenalkan dengan kraf tradisional seperti:

1. Alat domestik
2. Alat permainan
3. Alat pertahanan diri
4. Perhiasan diri (ornamen)
5. Batik
6. Tekat
7. Ukiran
8. Tenunan
9. Anyaman
10. Tembikar

Bidang ini memberi kesedaran tentang adanya beberapa jenis kraf tradisional dalam budaya tanah air. Kegiatan kraf tradisional memperkenalkan fungsi, proses dan teknik membuat, alat dan bahan, motif, corak dan hiasan. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran yang merangkumi pengenalan, proses pembuatan serta mengenali tokoh-tokoh bagi setiap bidang kraf yang dinyatakan. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita.





Membentuk Dan Membuat Binaan

30 04 2010

Bidang kegiatan ini menegaskan perkembangan persepsi murid terhadap aspek seni dari segi bentuk, ruang, struktur, imbangan dan kestabilan. Berpandukan aspek tersebut murid dapat memahami dengan lebih jelas bila mereka membentuk dan membina sesuatu model. Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan juga mendedahkan murid dengan penggunaan pelbagai bahan, alat dan teknik penghasilan. Ini memberi peluang kepada murid berinteraksi secara kreatif dengan alat dan bahan, semasa menjalankan proses penghasilan seni.

Bidang kegiatan membentuk dan membuat binaan tiga dimensi merangkumi aktiviti seperti:
1. Arca timbul
2. Asemblaj
3. Mobail
4. Stabail
5. Model
6. Diorama
7. Boneka
8. Topeng
9. Origami

Kegiatan membentuk dan membuat binaan memberi peluang kepada murid membuat rujukan kepada objek sebenar. Perbandingan ini akan memberi kesedaran bahawa idea dan kreativiti mempunyai fungsi dan makna. Aspek apresiasi hasil kerja diadakan sebagai satu proses pembelajaran. Kegiatan ini boleh dilakukan dalam pelbagai cara seperti pernyataan, puisi, lakonan, nyanyian dan cerita.